Tuesday, 12 March 2013

Pengalaman Sukan

Tahun ini tahun pertama diriku berbakti kepada anak bangsa negeri Perak tercinta. Tahun ini juga banyak pengalaman yang akan kukutip satu persatu. Pertama kali menyaksikan Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah2 Daerah Kerian 2013 kali ke-45 menambah keterujaanku. Maklumlah..mana pernah diriku terlibat dalam sukan ini. Ditugaskan sebagai pegawai/ hakim bahagian lempar cakra. Sedikit sebanyak dapat juga menambah ilmu tentang sukan. Menarik dan semangat kesukanan yang tinggi. Para pelajar dan para guru bukan sahaja dapat berkenalan malahan berkongsi ilmu yang ada. Apa yang mengharukan.. Diriku dapat bertemu kembali dengan insan-insan yang dikagumi suatu ketika dahulu.. Idolaku.. Tn Hj Zainudin b. Mahmud...dahulunya guru Bahasa Melayuku. Sekarang, pegawai sukan di PPD Kerian. 
      Darah anak Raja Lope tetap sama. Aku pastinya menyokong atlet sekolah lamaku. Rasa bangga berbuku2 tingkatnya. Petang tadi, anak muda seusia 15 tahun mampu melempar cakra sejauh 47.86m. Dua rekod pelajar ini mampu pecahkan. Pertama rekod daerah Kerian iaitu 45.13 dan seterusnya rekod negeri iaitu 47.38m. Apa yang pasti, aku teruja dan bangga dengan anak Raja Lope. Berkat siapa? Berkat usaha cikgu-cikgu yang bersemangat waja. Cikgu Raja Lope pun ada turun padang demi pelajar2 tersayang. Barulah pelajar semangat. Rekod dunia sekalipun mampu dipecahkan. 
     Kalau tidak salahku, tidak lama lagi sebuah stadium mini akan dibina di kawasan Kerian untuk kemudahan para pelajar yang aktif bersukan. Kerian sememangnya aktif sukan olahraga dan selalunya pingat emas dan layak ke peringkat negeri dan kebangsaan. Siapa tahu selepas ini peringkat antarabangsa pula. In Shaa Allah... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan !
 

No comments:

Post a Comment