Saturday 9 March 2013

Lidah Bercabang Dunia Maya

Dunia masa kini makin pantas kerana gelombang teknologi yang semakin canggih. Ditambah pula dengan kepesatan pembangunan ekonomi dan sosialnya. Walaubagaimanapun, masih ada masyarakat menggunakan teknologi untuk memanipulasi dan membohongi pihak lain demi kepentingan peribadi. Pelbagai aduan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dalam setahun, terdapat lebih dua ratus individu telah ditipu. Antara penipuan yang telah dilakukan adalah penipuan sejumlah besar wang dan pekerjaan. Awalnya, individu yang ditipu dijanji dengan kata-kata manis. Mereka terpukau dan cepat pula percaya. Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan wanita. Mengapa hal ini berlaku? Bijak sangatkan golongan penipu internet? Mereka bukannya tidak bijak. Wanita atau lelaki yang tertipu semuanya golongan cerdik pandai. Tapi mungkin mentaliti yang terlalu percaya individu internet. Perlukah kita percaya individu yang tidak kita nampak? Sedangkan individu yang selalu ada depan mata pun menipu kita. Berhati-hatilah... Manusia tu rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jangan mudah percaya. Jangan mudah memberi harapan. Fikirlah sebijak-bijaknya agar kita tidak menjadi mangsa si lidah bercabang internet!

No comments:

Post a Comment