Realiti Penyelamat Nyawa..
Kalau ada pencuri, kita panggil polis..
Kalau ada api, kita panggil bomba...
Peranan bomba atau Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia bukan sekadar memadamkan api semata-mata. Tugas sebagai penyelamat bolehlah diertikan sebagai HERO di alam realiti. Apabila semua orang diarahkan keluar dari sebuah bangunan yang terbakar, anggota bomba pula galak menerjah masuk mencari mangsa yang masih terperangkap. Hal ini bermula daripada keikhlasan membantu dan menyelamatkan nyawa. Bagiku, anggota bomba juga wajar kita hargai dan tidak lupakan mereka. Mereka bolehku anggap sebagai perwira negara. Terima kasih, bomba.
Sumber : Web Jabatan Bomba Negeri Perak
Tuesday, 26 March 2013
Tuesday, 12 March 2013
Pengalaman Sukan
Tahun ini tahun pertama diriku berbakti kepada anak bangsa negeri Perak tercinta. Tahun ini juga banyak pengalaman yang akan kukutip satu persatu. Pertama kali menyaksikan Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah2 Daerah Kerian 2013 kali ke-45 menambah keterujaanku. Maklumlah..mana pernah diriku terlibat dalam sukan ini. Ditugaskan sebagai pegawai/ hakim bahagian lempar cakra. Sedikit sebanyak dapat juga menambah ilmu tentang sukan. Menarik dan semangat kesukanan yang tinggi. Para pelajar dan para guru bukan sahaja dapat berkenalan malahan berkongsi ilmu yang ada. Apa yang mengharukan.. Diriku dapat bertemu kembali dengan insan-insan yang dikagumi suatu ketika dahulu.. Idolaku.. Tn Hj Zainudin b. Mahmud...dahulunya guru Bahasa Melayuku. Sekarang, pegawai sukan di PPD Kerian.
Darah anak Raja Lope tetap sama. Aku pastinya menyokong atlet sekolah lamaku. Rasa bangga berbuku2 tingkatnya. Petang tadi, anak muda seusia 15 tahun mampu melempar cakra sejauh 47.86m. Dua rekod pelajar ini mampu pecahkan. Pertama rekod daerah Kerian iaitu 45.13 dan seterusnya rekod negeri iaitu 47.38m. Apa yang pasti, aku teruja dan bangga dengan anak Raja Lope. Berkat siapa? Berkat usaha cikgu-cikgu yang bersemangat waja. Cikgu Raja Lope pun ada turun padang demi pelajar2 tersayang. Barulah pelajar semangat. Rekod dunia sekalipun mampu dipecahkan.
Kalau tidak salahku, tidak lama lagi sebuah stadium mini akan dibina di kawasan Kerian untuk kemudahan para pelajar yang aktif bersukan. Kerian sememangnya aktif sukan olahraga dan selalunya pingat emas dan layak ke peringkat negeri dan kebangsaan. Siapa tahu selepas ini peringkat antarabangsa pula. In Shaa Allah... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan !
Darah anak Raja Lope tetap sama. Aku pastinya menyokong atlet sekolah lamaku. Rasa bangga berbuku2 tingkatnya. Petang tadi, anak muda seusia 15 tahun mampu melempar cakra sejauh 47.86m. Dua rekod pelajar ini mampu pecahkan. Pertama rekod daerah Kerian iaitu 45.13 dan seterusnya rekod negeri iaitu 47.38m. Apa yang pasti, aku teruja dan bangga dengan anak Raja Lope. Berkat siapa? Berkat usaha cikgu-cikgu yang bersemangat waja. Cikgu Raja Lope pun ada turun padang demi pelajar2 tersayang. Barulah pelajar semangat. Rekod dunia sekalipun mampu dipecahkan.
Kalau tidak salahku, tidak lama lagi sebuah stadium mini akan dibina di kawasan Kerian untuk kemudahan para pelajar yang aktif bersukan. Kerian sememangnya aktif sukan olahraga dan selalunya pingat emas dan layak ke peringkat negeri dan kebangsaan. Siapa tahu selepas ini peringkat antarabangsa pula. In Shaa Allah... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan !
Sunday, 10 March 2013
Setenang Air Parit
Masa zaman kecik2 dulu..seronoknya apabila dapat mandi air parit. Sejuknya bukan main. Jernih sangat2. Tapi sekarang warnanya sudah seperti teh pekat. Walau bagaimanapun, isi di dalamnya tetap sama. Puyu, Sepat dan Haruan masih setia tinggal di situ. Sebab itulah hati kuat merindui kampung halaman. Paritlah puncanya...hehe..
Saturday, 9 March 2013
Lidah Bercabang Dunia Maya
Dunia masa kini makin pantas kerana gelombang teknologi yang semakin canggih. Ditambah pula dengan kepesatan pembangunan ekonomi dan sosialnya. Walaubagaimanapun, masih ada masyarakat menggunakan teknologi untuk memanipulasi dan membohongi pihak lain demi kepentingan peribadi. Pelbagai aduan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dalam setahun, terdapat lebih dua ratus individu telah ditipu. Antara penipuan yang telah dilakukan adalah penipuan sejumlah besar wang dan pekerjaan. Awalnya, individu yang ditipu dijanji dengan kata-kata manis. Mereka terpukau dan cepat pula percaya. Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan wanita. Mengapa hal ini berlaku? Bijak sangatkan golongan penipu internet? Mereka bukannya tidak bijak. Wanita atau lelaki yang tertipu semuanya golongan cerdik pandai. Tapi mungkin mentaliti yang terlalu percaya individu internet. Perlukah kita percaya individu yang tidak kita nampak? Sedangkan individu yang selalu ada depan mata pun menipu kita. Berhati-hatilah... Manusia tu rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jangan mudah percaya. Jangan mudah memberi harapan. Fikirlah sebijak-bijaknya agar kita tidak menjadi mangsa si lidah bercabang internet!
Friday, 8 March 2013
Pengkarya Guru Suatu Takdir Terindah...
Dalam kesibukan meniti batas masa...pada tahun 2012 sempat lagi diriku memohon untuk melibatkan diri dalam bidang yang kusayangi ini. Sastera..."gua" diriku dibesarkan dalam jiwanya. Ini takdir terindah yang mengajarku erti sastera yang sebenar. Diriku mengenali kawan2 yang bagai setahun mengenali mereka.. karya2 indah yang dihasilkan dalam jurang kesibukan melampau.. Sangat indah... menjadi kenangan sepanjang hayat...
Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya
buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya.
Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian
dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana
saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari
nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja
saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.
itulah gunanya sahabat untuk selamanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)