Monday 8 April 2013

Kuala Kurau Pekan Sejarah?




Aku anak Tanjong. Dilahirkan di sini. Di besarkan di sini. 
Dari tanjong ku mudik ke tanjong untuk belajar..
Dari tanjong ke berhijrah ke kuala..
Dari kuala ku kembali ke kuala..

Kuala Kurau yang terletak di dalam Daerah Kerian, Negeri Perak merupakan sebuah bandar yang terletak di pinggir Sungai Kurau dengan persekitaran perkampungan nelayan dan petani. Persekitaran desa dengan aktiviti industri desa dan kraftangan di samping aktiviti berkaitan perikanan seperti pendaratan hasil laut, memproses belacan dan ikan kering, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan udang telah menjadi aset pelancongan di sini. Kawasan pinggir pantai Kuala Kurau juga amat terkenal sebagai kawasan ternakan kerang.

Jika ingin melihat kehidupan nelayan, menyusuri sungai Kurau adalah langkah yang paling baik. Kampung Nelayan, Kampung Tok Ngah dan Kampung Raja Bashah boleh dilawati sepanjang persisiran Sungai Kurau. Sejarah pelabuhan Sungai Kurau yang tidak dibukukan turut berupaya menjadi aset utama pelancongan di Kuala Kurau. Elemen-elemen pelabuhan dapat dilihat di sini seperti papan tanda had pelabuhan, tempok dan pelantar konkrit (sebahagian sudah dirobohkan) dan laluan keretapi (sumber lisan) dan bangunan-bangunan lama di Pekan Kuala Kurau


Sumber : Wikipedia

No comments:

Post a Comment